quranic generation =]

Ada seorang ahli sihir ni, dia dah tua, jadi dia cakap kat raja negeri tu, dia nak apprentice untuk dia turunkan ilmu dia ni. Jadi raja tu pun cari la budak yang paling pintar dekat negeri tu. Bak kata Dr Basit, kalau zaman ni, budak-budak yang dapat 5A la ni. So ada sorang budak ni, dia pun nak ajar. Pada satu hari tu, budak ni baru first time nak gi belaja sihir dengan ahli sihir ni tadi, on the way, dia ternampak la rumah ibadat dan nampak seorang rahib yang mengajar agama. Makanya, dia pun belajar la agama kat situ tapi lepas tu dia pegi belajar sihir pulak. Hari-hari macam tu sampai satu tahap, ahli sihir ni pukul2 budak tu sebab asyik datang lambat dari waktu yang ditetapkan. Lepas tu budak ni mengadu kat rahib tu, macam mana dia nak cakap dekat ahli sihir tu? So rahib tu dengan coolnya suruh la budak tu cakap yang dia pegi tolong2 mak dia dulu ke apa ke. Ahli sihir tu pun terima jawapan budak tu. Nak dipendekkan cerita, budak tu makin lama makin terer. Makin power. Sihir pun dia power, ilmu agama pun dia power, nak dijadikan cerita, di satu persimpangan jalan, dia ternampak seekor binatang. Dia pun fikir nak test power dia so dia pun ambik seketul batu dan cakap, "Ya ALLAH, kalau ajaran rahib tu betul, maka binatang ni akan rebah bila aku baling batu dekat dia. Kalau tak, maksudnya ahli sihir tu yang betul." So, apa jadi? Of course la lepas dia baling batu tu, binatang tu tumbang. Selepas tu, dia bertambah yakin dengan apa yang dia belajar daripada rahib tu tadi. Dia pun pergi dari satu tempat ke satu tempat, menyembuhkan orang buta la, macam-macam la, tapi semuanya dengan nama ALLAH.


Nak dijadikan cerita, raja kejam tu tadi ada seorang pembesar. Pembesar tu sakit mata dan mata dia tak boleh celik. Oh, sebelum itu, raja kejam tu spesis Firaun masa zaman Nabi Musa alaihi salam, maksudnya, dia cakap dekat rakyat dia yang dia ni Tuhan. Back to the story, pembesar ni pun dengar gossip pasal keterroran budak ni tadi menyembuhkan orang buta dan sebagainya so, tanpa membuang masa, dia pun membawa hadiah macam-macam untuk budak tu tadi. Dia kata, hai budak, sembuhkanlah mata aku dengan ilmu sihir kau. Budak tu pun cakap, bukan. Aku menyembuhkan dengan nama Tuhanku, Rabbi. Pastu budak tu sambung, kalau engkau beriman dengan Rabbi, mata kau akan celik. Pastu pembesar tu pun fikir, kalau macam tu, baiklah aku beriman. Serta merta mata dia terus terang-benderang. Maka dengan bahagianya pun dia balik ke istana. Raja tu pun tanya dekat dia, macam mana mata pembesar tu boleh sembuh. Lalu, pembesar tu cakap, ALLAH yang sembuhkan mata aku. Pastu raja tu pun marah, dia cakap, ewah, aku la Tuhan engko. Berani ko melawan.


Pastu dia arahkan pengawal-pengawal dia pukul pembesar tu sampai la pembesar tu confess, budak tu yang ajar dia. Budak tu pun ditangkap dan dihadapkan dekat raja tu. Raja tu pun cakap, cis, budak! berani kau cakap ada Tuhan lain selain aku! Budak tu dengan coolnya menjawab, ALLAH itu Tuhanku, dan Tuhanmu jugak. Engkau tu manusia. Lambat makan, gastrik jugak macam aku.


Raja tu bila mendengar jawapan daripada budak tu, dia marah sangat dan suruh pengawal2nya membelasah budak itu. Biasala budak-budak, lemah semangat sikit, baru la dia mengaku yang Tok Rahib tu yang ajar dia semua tu. Raja tu pun pegi tangkap rahib tu pulak. Rahib ni tak nak mengaku. Kena pukul macam mana pun dia masih dengan keimanan dia. Last2 raja tu pun bengang. Dia arahkan diorang bertiga dibawa ke padang pasir. Mula2 dia gergaji kepala rahib tu sampai terbelah 2. Dekat pembesar tu pun, dia tanya, kau nak beriman dengan aku ke beriman dengan Tuhan yang engkau kata tu? Pembesar tu pun tetap dengan keimanan dia so dia pun mengalami nasib yang sama. Bila sampai turn budak tu, raja tu pun fikir, budak ni kecik lagi. Tak boleh guna method yang sama. So, dia pun arahkan pengawal2 dia bawak budak ni ke atas bukit yang tinggi dan suruh diorang campak budak tu ke bawah.


Bila sampai dekat atas bukit, budak tu berdoa, "Ya ALLAH, Kau selamatkanlah aku dengan kehendak Engkau." Tiba2 angin pun bertiup dengan kencang. Semua pengawal tercampak kat bawah dan budak itu tadi kembali ke istana raja tu. "Hai raja." Dengan selambanya beliau menyapa. Raja pun terkejut. Dia pun buat ikhtiar sekali lagi, kali ni dia arahkan tentera laut dia pegi bawak budak ni ke tengah laut dan campak dia kat situ. Sekali lagi, bila dah sampai situ, budak tu pun berdoa sekali lagi, "Ya ALLAH Kau selamatkanlah aku dengan kehendak Engkau." Dengan izin ALLAH, semua tentera laut tercampak ke dalam laut akibat angin yang kencang, dan budak tu pun balik semula ke istana.


Raja dah tak tau nak buat macam mana, jadi budak tu mungkin kesian agaknya tengok raja tu xtau macam mana nak bunuh dia, dia pun bagi suggestion. "Raja, kalau kau nak bunuh aku sangat, kau panggil semua rakyat kau dan umumkan yang kau nak bunuh aku. Lepas tu kau letak aku dekat salib di tempat yang tinggi dan kau panah aku dengan menyebut "Aku membunuh budak ini dengan nama Tuhan budak ini." "


Raja tu tak perasan kalimah tauhid yang terselit di sebalik suggestion budak tu tadi, sebab dia terlampau excited nak bunuh budak tu. So, dia pegi kumpul semua rakyat jelata dia dan salibkan budak tu. Dia arahkan pegawai dia panah budak tu tapi dia tak sebut kalimah yang budak tu ajar tadi. So setiap kali panah, tak kena. Budak tu pun rilek je kat atas tu. Rakyat2 dah pelik, kenapa panah2 tak kena jugak? Boring kot tunggu budak ni nak mati. Last2 raja tu teringat dan dia cakap kuat2 " Aku membunuh budak ini dengan nama Tuhan budak ini!!" dan bila panah terus kena tepat di leher, atau lebih tepat dekat jugular vein budak tu. Budak tu mengucap dan mati syahid di salib. Berpuas hati, raja pun tanya dekat rakyat dia, "Sekarang, siapa Tuhan kamu?" Rakyat2 negeri itu, dek melihat raja tu hanya mampu membunuh budak itu setelah mengucapkan kalimah itu, mereka terus beriman kepada Tuhan budak itu, a.k.a ALLAH. "Tuhan kami adalah Tuhan budak ini!" Raja tu jadi pening. Ingatkan bila dia bunuh budak tu selesai masalah tapi rupanya makin bertambah masalah. Lalu dia memerintahkan agar digali parit yang besar dan diisi dengan api. Lalu dia memerintahkan agar orang-orang yang beriman di campak satu persatu ke dalam parit. Sampaila last sekali tinggal seorang perempuan dan bayinya. Mula-mula hati perempuan itu macam goyah sikit sebab dia sayang dekat anak dia yang masih bayi tu, tiba2 bayi tu, dengan izin ALLAH, tiba2 bercakap, "Hai ibuku, jangan kau takut kerana sesungguhnya engkau di atas jalan yang benar!" Mendengar apa yang anak dia cakap, perempuan itu terus terjun ke dalam parit dan mati syahid bersama anaknya itu.


Maksud Al-Buruj : 4-10,


4 Celakalah kaum yang menggali parit,


5 (Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran,


6 (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya,


7 Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman.


8 Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!


9 Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.


10 Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu) dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).

Daripada cerita ini saja kita dapat melihat betapa hebatnya orang-orang muda masa dulu. Sebenarnya banyak lagi kisah tentang pemuda yang dapat kita baca daripada Al-Qur'anul Karim.

Selain itu, pesanan untuk orang muda, ambillah 5 perkara sebelum 5 perkara, yakni muda sebelum tua. Bila kita dah tua kita dah tak sekuat waktu kita muda, jadi waktu nilah sepatutnya kita infakkan sepenuhnya ke jalan ALLAH, cari ilmu dan berusaha.  Antara 7 golongan yang akan berada di bawah bayangan arasy antaranya, orang muda yang membesar dalam keadaan dia beribadat kepada ALLAH.

Wahai orang-orang Islam sekalian, dalam Islam, mati itu adalah kerehatan. Apabila kita telah menjejakkan kaki ke dalam jannah, ketika itulah kita akan berehat, tiada lagi susah payah. Indahnya jalan menuju ke syurga, namun pahitnya perjalanan itu.

Apa-apa pun, banyak pengajaran yang saya dapat dari talk ni sepanjang ia berlangsung. Alhamdulillah. Dalam era yang penuh fitnah, kesedaran untuk menjadi salah seorang daripada pemuda pemudi yang menegakkan syiar Islam perlu ada agar kita tidak turut hanyut dalam arus kejahilan. InshaALLAH, untuk menyelamatkan diri sendiri dan saudara seMuslim yang lain, kita perlu usaha dari sekarang untuk merealisasikan perkara tersebut. Wallahualam.

Caranya?

Back to the Quran.











Al-Baqarah : 2

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa,

Ibrahim : 52

(Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya dan supaya mereka mengetahui (dengan hujjah-hujjah yang tersebut di dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf.


Luqman : 2

Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,


When you carry the Qur'an, Syaitan gets a headache,
When you open it, he collapses,
When he sees you reading it, he faints,
When he sees that you are living what you read, he flees.

Semoga terkesan. Towards Quranic Generation!

 credit to :: nuFas..her blog give me an inspiration

2 comments:

Qistina Sumaiya...(^_^) said...

Subhanallah...
nice2~
mcm pnh dgr tpi cara artikel nih dtulis sgt best

NA said...

qis...
nuFas is the writer..
try baca blog dia.
sangat2 memberi inspirasi..