mampu fikir kan??

Kita tahu jika kita buat ini,kita akan dapat ini.... Jika kita buat itu,kita akan dapat itu...

Jika da mampu berfikir,kenapa nak pilih jalan yang menyakitkan diri sendiri? 

1)Kita tahu pujian itu mampu mendatangkan riak.. Dengan itu,kita marah-marah orang lain kerana memuji kita. Itu hak mereka,kerana manusia suka memuji sesuatu yang indah..dan mudah mencela sesuatu yang nampak tercela.. Jika kita tahu dengan pujian kita jadi riak,maka banyak-banyak ingatkan diri bahawa nikmat itu adalah dari Allah.... say Alhamdulillah,thank you Allah... mudah kan? 

2)Kita tahu kritikan itu ada yang membina dan ada yang menjatuhkan... Namun,jika kita dah tahu ianya akan menjatuhkan kita.. Jadi,kenapa nak ambil kritikan itu sebagai sesuatu yang akan menjatuhkan kita.. Berfikirlah secara optimis? Apa salahnya kita ambil itu semua sebagai satu semangat baru? Tak semua orang mampu jaga hati kita kerana kita pun tak mampu buat kat orang lain camtuh... 

3)Kita tahu,di saat kita naik... ramai orang suka kita... di saat kita jatuh... mungkin kurang pengaruh kita..Kita sendiri tahu,hidup ini bagaikan roda..kadang-kadang di atas,kadang-kadang di bawah. Kita kena ingat,kita tak boleh nak suruh orang lain untuk menyayangi atau menghargai setiap apa yang kita buat. Contohnya,jika kita seorang yang agak berjasa untuk negara,satu masa kita gagal membawa kejayaan untuk negara. Sebaliknya ada rakan kita mampu mengharumkan nama negara,sudah tentulah perhatian akan ditumpu lebih terhadap dia? Jadi,banyak-banyak ingatkan diri bahawa semua ini hanyalah ujian dari Allah.

4)Kita tahu,jika kita dapat sesuatu dengan mudah kita akan kurang menghargai atau tak hargai langsung.. Kita lebih sukakan sesuatu atas titik peluh sendiri.. Bukankah apa yang kita dapat itu sesuatu dari Allah? Maka belajarlah untuk bersyukur nescaya kita akan hargai semua yang kita dapat sama ada mudah atau susah. Jika tidak kamu akan cenderung untuk menyukai apa yang Allah berikan kepada orang lain kerana kamu berpendapat apa yang mereka ada itu jauh lebih baik. takkan nak tunggu merasa kehilangan baru nak hargai... So,be grateful... 

5)Kita tahu semua yang berlaku adalah takdir Allah.. Jadi mengapa nak mengeluh di saat tak dapat apa yang kita nak atau apa yang berlaku tak seperti apa yang kita sangkakan? Terlalu banyak merungut akan mengurangkan iman dan buat kita makin jauh dengan Allah.. Yakinlah setiap apa yang berlaku adalah kerana perancangan Allah...

Harap2 ianya dapat membuka minda kita semua.. 

No comments: