sekadar berpesan-pesan

Kami mengaku kami bersalah... Dan Kami tidak akan menggunakan sejuta alasan untuk menghalalkan perbuatan.. Kami bertanggungjawab atas perbuatan kami.. Dan kami terima segala kemungkinan yang akan mendatang biarpun ianya menyakiti hati kami.."

JIKA KAMU MELAKUKAN KESALAHAN

Hakikat yang kamu kena terima
  • Ramai yang akan menjauhimu dan berhati-hati denganmu.
  • Kamu dibenci
  • Ramai yang hilang percaya denganmu.
  • Jika ada berlaku kecurian,kamu kemungkinan besar akan disyaki terlebih dahulu.(jika kamu mencuri)
  • Mereka kecil hati denganmu..
  • Kamu hilang rakan
  • Biarpun kamu sudah bertaubat,masih ramai lagi yang membencimu
  • Orang lain sukar memaafkan kamu
Tapi janganlah bersedih,masih ada penyelesaian.. Allah tak menzalimi hambaNya... Allah menyayangi hambaNya. Di saat kamu tersilap jalan.. Allah menghantar...
  • Al-Quran dan sunnah sebagai panduan
  • Manusia sebagai perantaraan (bagi nasihat)
  • Kejadian sebagai teladan(harus dicungkil hikmah)
  • Pembukaan pintu taubat sebagai jalan kebahagiaan
Jalan penyelesaian
  • Bertaubat dan tidak akan mengulanginya
  • Berbaik dengan orang lain
  • Jangan belanje lagi dalam masa terdekat,takut mereka tak terima kerana takut duit haram.
  • Bersabar. Satu hari nanti mereka akan terima kamu seadanya.
  • Perbaiki diri
  • Dekatkan diri dengan Allah

Sebagai manusia biasa,kamu kemungkinan besar akan mengulangi kesalahan yang sama. Janganlah bersedih dan anggap diri tak berguna. Manusia yang sempurna bukannya mereka yang tak pernah lakukan dosa dan buat silap,tetapi mereka yang saat lakukan kesalahan,mereka bertaubat.

Kepada yang mengenali pesalah-pesalah ini
  • Jangan mudah menghukum
  • Jangan anggap diri lebih mulia
  • Ingat nabi bersabda.."Barangsiapa yang menghina orang lain atas dosa yang dilakukannya. Dia takkan mati sebelum lakukan dosa tersebut"
  • Mungkin dia lakukan dosa dalam kejahilannya,jadi tegurlah dia. Nasihati baik-baik.
  • Surah Al-An'am ayat 69.. "Orang-orang yang bertaqwa tidak akan bertanggungjawab sedikit pun atas dosa-dosa mereka tetapi berkewajiban mengingatkan agar mereka juga bertaqwa."
  • Jangan melampau-lampau memarahi seseorang atas kesalahan yang dilakukannya. Satu hari nanti,kamu pasti akan mengulanginya. Pada masa itu barulah tersedar bahawa setiap kesalahan bukanlah kehendak diri."
  • Jangan aibkan dia jika kamu taknak orang lain melakukan perkara yang sama terhadapmu.
  • Mungkin kamu sukar memaafi kesalahannya,tapi ingatlah berlapang dada dan memaafkan itu jauh lebih baik.
  • Mereka yang bersalah akan berasa sangat down dan sangat mengharap diterima. Jadi,damaikanlah dan tenangkanlah hati mereka. Dekatilah mereka bukannya menjauhi

sesungguhnya kita adalah manusia biasa yang sering melakukan kesilapan dan kesalahan.dan ingatlah bahawa ALLAH itu Maha Pengampun..

No comments: