buat sahabat

In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful..


 KISAH INI MENGISAHKAN TENTANG KEJADIAN DI SUATU HARI KETIKA AKU DAN KAKAK KESAYANGANKU BERSAMA-SAMA MENAIKI KTM DARI UKM KE MID VALLEY..DAN PERJALANAN PULANG  DENGAN MENAIKI PENGANGKUTAN YANG SAMA..

ketika dalam pejalanan  pergi..kami menaiki koch wanita..akan tetapi..di sana kami dapat melihat pelbagai ragam manusia...betullah kata orang,,manusia sanggup melakukan apa sahaja ketika berada dalam keadaan terdesak..masing-masing hanya pentingkan diri sendiri..
di salah satu sudut..aku terdengar tangisan anak kecil...anak kecil itu kepenatan..tiada belas ehsan daripada pemudi-pemudi yang duduk tanpa menghiraukan sang ibu mengendong anak kecil itu..dimanakah perginya nilai kemanusiaan seorang manusia??dimanakah hilangnya nilai kasih sayang dan bertolak ansur seorang wanita itu pergi??
di satu sudut lagi,aku melihat..nenek tua sedang berdiri..berhimpit-himpit mencari ruang untuk menahan kepenatan di kaki..akan tetapi..wanita di kerusi hanya membatukan diri..berpura-pura tidak sedarkan diri..generasiku..dimana hilangya nilai budi??
ketika dalam perjalanan pulang pula,kami memasuki koch di tepi..berhimpit-himpit mencari ruang di hujung sekali..akhirnya berjaya ditawani...akan tetapi..di salah satu sudut ,aku melihat seorang lelaki..orang tua yang tidak mampu berdiri..membawa barang dengan banyak sekali..aku geram..mengapa pemuda di kerusi tidak mahu memberi peluang kepada atok tua supaya tidak terus berdiri..adakah ini yang kita pelajari selama ini??hanya membatukan diri dan berpura-pura untuk tidur mati tidak sedarkan diri??
generasiku..cuba bayangkan bagaimana andainya suatu hari nanti kita berada di tempat mereka..??tua tidak berdaya.. generasiku..cuba bayangkan mereka adalah ibu bapa kita dan saudara mara kita..tergamakkah kita melakukan mereka seperti itu..sedarlah wahai generasiku..kita tidak sentiasa gagah dan senang sentiasa..
APABILA MELIHAT BINTANG DI LANGIT..JANGAN LUPA RUMPUT DI DARATAN..sentiasalah memandang ke bawah untuk dijadikan tauladan..



credit to my friend : NURAINISYAMIMI...thnks ya bagi kebenaran utk share

No comments: