BEACH

Hari keluar dengan teman-temanku..Sekadar untuk menghilangkan perasaan bosan yang ada didalam hati ini.Walaupun penat,tapi ianya berbaloi...Dapat aku lihat kegembiraan terpancar di muka mereka...Betapa aku rindukan kedamaian..Kedamaian yang aku perolehi apabila aku menjejakkan kaki di pantai..Pantai Teluk Cempedak..pantai yang indah,pantai yang penuh dengan manusia-manusia yang ingin mencari kedamaian,yang ingin mengeratkan hubungan dah juga yang ingin mencipta kenangan.Aku sukakan pantai..Bukan kerana apa.Tapi kerana kedamaian yang aku perolehi apabila aku menjejakkan kakiku disana..Terasa lapang dada..Hilang segala masalah yang ada didalam pemikiranku...Betapa indahnya ciptaan Allah itu..Ciptaan yang membuatkan seseorang itu merasa akan kuasa penciptaNya. Ciptaan yang memebuatkan seseorang manusia itu bersyukur atas nikmatNya..Ciptaan yang memebuatkan seseorang manusia itu takut akan penciptaNya..Ciptaan yang boleh membuat manusia merasa rendah dihadapan penciptaNya...Angin,pasir,lautan yang luas,pokok-pokok,batu-batu dan juga ketenangan..Ketenangan yang diperolehi atas segala kurniaan dan nikmatnya..Hanya satu yang aku harapkan..Semoga aku menjadi hambaNya yang taat akan segala suruhanNya..hamba yang sentiasa bersyukur atas nikmatNya...Aminn

No comments: