pilihan

salam..
Bukan senang bagi seorang manusia itu untuk membuat keputusan..Ianya banyak bergantung kepada manusia itu juga.Kalau betul pilhannya maka akan berjayalah manusia tersebut,tetapi kalau salah pilhannya maka sia-sialah hidupnya..
sekadar ingin berkongsi cerita..
Dulu aku punya seorang sahabat.Sahabat yang sentiasa berada disisiku,membimbingku,dan juga menasihatiku.Bukan senang untuk mendapatkan sahabat sebagai mana si dia..Hai,boleh saya kawan dengan awak??...itulah salam perkenalan kami..Perkenalan yang tidak dijangka.Perkenalan yang bermula di sebuah kedai.Perkenalan yang terjadi kerana kami berebutkan buku yang sama..Akan aku ingat saat itu.Saat yang menjadi titik perkenalan kami.Aku bukan seorang manusia atau insan yang baik.Kadang-kadang aku terpesong kearah keburukan.Namun diriku bernasib baik,aku punyai sahabat sebaik dia.Sahabat yang berjaya membuka hatiku.Sahabat yang berjaya mengubah diriku untuk jadi insan yang lebih baik.Syukur kepadaMu..terima kasih atas kurnianMu..Namun segala-galanya berubah.Kehadiran teman baru akhirnya merosakkan persahabatan antara kami..Segala-galanya kini berubah.Aku semakin jauh darinya.Namun aku bersyukur diriku kini lebih rapat kepadaNya...Tuhan Yang Esa..

oleh itu ingatlah wahai rakan-rakanku,memang susah untuk berubah.namun tiada yang mustahil dalam dunia.kalau Allah berkehendakannya,maka jadilah ia


 




No comments: